Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[em.pang] | امڤڠ

Definisi : 1. = empangan, pengempang tambak dll utk menahan arus atau aliran air (utk sesuatu keperluan supaya tidak terjadi banjir dll), bendung, tebat: empangan moden telah dibina utk menahan air bagi mengeluarkan kuasa elektrik; 2. kolam tempat memelihara ikan, tambak, tebat; 3. ki penghalang, perintang: malangnya, kesatuan kita itu saja ~ jalannya; ~ sampai ke seberang, dinding sampai ke langit prb a) perselisihan yg tidak dapat dibaiki atau didamaikan lagi; b) aturan (perintah) yg tidak boleh diubah (dilalui);berempangan mempunyai empangan: sungai yg ~;mengempang 1. menggalangkan atau melintangkan sesuatu (mis dgn mendirikan tembok, benteng dsb) utk menahan aliran air sungai dsb, membendung (dgn membina empangan), menebat: lembah-lembah sungai yg kecil telah diempang di kawasan bukit ini utk dijadikan kolam air; 2. berada atau terletak dlm keadaan melintang (hingga menghalang perjalanan, lalu lintas, dll), melintangi: jalan raya itu penuh sesak dgn kereta kerana ada sebuah motokar rosak ~ jalan;3. ki menahan, menghalang, menghambat: lajunya tidak dapat diempang; terempang terbendung, tertebat, tertahan; tiada ~ peluru oleh lalang prb kemahuan orang yg berkuasa tidak dapat ditahan oleh orang yg lemah; pengempangan perihal atau perbuatan mengempang, pembinaan empangan, pembendungan, penebatan: teknologi ~ yg cuba diutarakan oleh Ibu al-Haitham tersebut tidak jauh bezanya drpd teknologi yg dihasilkan di Barat sekarang ini;pengempang empang(an). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.pang] | امڤڠ

Definisi : Pr; empang-empang gila bahasa, agak ganjil (kelakuan atau perangai). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.pang] | امڤڠ

Definisi : 1 = empangan, pengempang tambak utk menahan air (supaya air dpt dialirkan ke tanah-tanah pertanian, dpt disimpan utk minuman atau utk mencegah banjir); bendung. 2 kolam tempat memelihara ikan; tebat. 3 ki penghalang sesuatu tujuan; perintang. mengempang 1 mendirikan (membuat) empang; membendung; menahan: ~ sungai. 2 terletak melintang sehingga mengganggu lalu lintas dll; menghalang: Pokok yg tumbang itu hampir-hampir ~ jalan. 3 ki menghalang sesuatu kemajuan; menghambat; merintang. terempang dpt diempang, sudah diempang; terbendung; tertahan: Tiada ~ peluru oleh lalang. pengempangan perbuatan mengempang; pembendungan; penahanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata empang

Peribahasa

Tidak dihambat akar,
     dihambat dahan.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan yang telah dikerjakan dengan selamat dari mula sampai ke akhirnya. hambat = empang, tahan.

 

Lihat selanjutnya...(2)