Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ém.par] | ايمڤر

Definisi : (émpar); mengempar hanyut keluar dr arah yg dituju (bkn perahu dll), menyerong keluar, bergerak (berpusing) keluar dr pusatnya; berjalan ~ berjalan dgn kaki membuang (melangkah) keluar; mengemparkan (Fiz) memisahkan pepejal drpd cecair atau memisahkan campuran cecair yg mempunyai graviti tentu yg berbeza secara putaran mendatar yg laju: dgn cara ~ darah beku ini, bahan tersebut dapat diperah keluar; pengemparan (Fiz) pemisahan pepejal drpd cecair atau pemisahan campuran cecair yg mempunyai graviti tentu yg berbeza secara putaran mendatar yg laju; pengempar; alat ~ sj mesin yg berputar ligat (utk mengasing-asingkan benda-benda pejal drpd cecair atau cecair drpd cecair yg lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ém.par] | ايمڤر

Definisi : /émpar/; mengempar hanyut menyimpang dr tujuan (bkn perahu dll); miring atau menyerong ke luar: berjalan ~ berjalan dgn kaki menghala ke luar. mengemparkan ist memisahkan pepejal dr cecair atau memisahkan campuran cecair yg mempunyai ketumpatan yg berlainan (mis krim dr susu), secara putaran mendatar yg laju. emparan 1 putaran mendatar yg laju. 2 kaedah yg digunakan utk mengasingkan minyak drpd buah (spt kelapa sawit). pengemparan ist proses mengemparkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata empar