Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sesuatu yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar, endap, endapan; mengenap turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mendak, mengendap; mengenapkan membiarkan sesuatu turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mengendapkan; enapan 1. enap; tanah ~ tanah yg telah bercampur dgn air dan mendak; 2. (Geog) bahan yg terdapat di dasar sungai, tasik atau laut yg terdiri drpd campuran tanah liat, kelodak, pasir, jirim organik dsb; 3. pepejal yg terendap selepas proses endap di loji olahan air atau air sisa; pengenapan proses mengenap atau mengenapkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enap I