Definisi : sj burung dlm famili Bucerotidae (yg ada cula di atas paruhnya yg besar), burung jawa; ~ belantara sj burung, Rhyticeros plicatus; ~ belukar = ~ buluh sj burung, Anorrhinus galeritus;~ bulu = ~ jambul putih sj burung, Berenicornis comatus; ~ papan sj burung, Buceros bicornis; ~ lilin = ~ kenyalang sj burung, Buceros rhinoceros; ~ apa kpd ~, orang apa kpd orang prb susah senang kita, kita yg merasakannya, susah senang orang tinggallah pd orang (masingmasing menjaga sendiri); ~ lalu atal jatuh, anak raja mati ditimpanya prb menerima akibat (kemalangan) kerana kebetulan berada di tempat dll kejadian itu; burung pipit sama ~, (mana boleh sama terbang) prb perhubungan atau perjodohan yg tidak sama padan, manakan boleh selamat; makanan ~ hendak dimakan oleh pipit prb hendak melakukan sesuatu yg bukan padan dgn taraf (kesanggupan dll); (men)dengar(kan) cakap ~ prb mendengarkan cakap orang atau musuh binasa sudahnya; pipit meminang anak ~ prb orang yg miskin (kecil-kecil dll) meminang anak orang kaya (besar-besar dll) tentu tidak munasabah; selama ~ mengeram prb lama benar; yg ~ sama ~ juga, yg pipit sama pipit juga prb berkaum (berkahwin dll) elok dgn yg sama pangkat (kedudukan, taraf, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)