Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.sakh] | فسخ

Definisi : Ar 1. pembatalan nikah apabila puncanya disedari akibat tidak sahihnya nikah (spt perkahwinan adik-beradik seibu sebapa); 2. pembatalan nikah menurut keputusan kadi kerana sebab tertentu (spt suami gila, lemah tenaga batin, dsb) atas aduan isteri; memfasakhkan membatalkan atau membubarkan ikatan perkahwinan (oleh mahkamah atau kadi): seseorang isteri boleh memohon perintah Mahkamah Syariah supaya ~ perkahwinan mereka jika ada sebab-sebab yg diharuskan oleh syarak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.sakh] | فسخ

Definisi : pembatalan ikatan nikah oleh mahkamah syariah berdasarkan tuntutan oleh pihak isteri atau suami, atau kerana pernikahan itu menyalahi hukum nikah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fasakh