[fé.syen] | فيشن
Definisi : (fésyen) gaya pakaian, kosmetik, tingkah laku, dll, (terutamanya yg terbaru) yg menjadi kegemaran ramai: berbagai-bagai ~ rambut dapat kita lihat hari ini; berfesyen menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dlm cara berpakaian dll): spt gadis-gadis lain, Rosnani gemar ~; memfesyenkan membuat atau membentuk mengikut fesyen: jangan sekali ~ rambut yg tidak sesuai dgn raut wajah, umur, atau tempat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[fé.syen] | فيشن
Definisi : /fésyen/ potongan pakaian, rambut dll yg bersifat sementara dan akan berubah mengikut masa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)