[fi.ra.sat] | فراسة
Definisi : 1. = ilmu ~ pengetahuan mengenai tanda-tanda pd muka (badan dll) utk mengetahui kelakuan atau nasib orang: maka diketahui oleh sultan dgn ilmu ~ baginda bahawa budak itu keturunan raja-raja; 2. perasaan hati bahawa akan terjadi sesuatu sesudah melihat tanda tertentu: saya mendapat ~ bahawa ia akan mendapat kemalangan; 3. tanda-tanda pd muka (badan dll) yg dapat menggambarkan kelakuan orang: menurut ~nya, ia orang yg tinggi hati; berfirasat 1. berasa sesuatu akan terjadi berdasarkan tanda tertentu yg ada: aku ~ bahawa dia akan dikenakan oleh ibu mentuanya; 2. meramal atau menduga bahawa sesuatu akan terjadi berdasarkan tanda tertentu yg ada: kawan pasangannya harus pandai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[fi.ra.sat] | فراسة
Definisi : 1 keadaan tubuh atau tanda-tanda pd muka, badan dll yg dianggap ada hubungannya dgn kelakuan seseorang: ilmu ~ pengetahuan ttg tanda-tanda pd muka (badan dll) yg akan menunjukkan atau menggambarkan kelakuan orang itu. 2 sesuatu yg dirasakan atau diketahui sebelum terjadi sesuatu peristiwa. berfirasat 1 berasa sesuatu akan terjadi berdasarkan tanda(-tanda) yg ada. 2 meramalkan atau menduga bahawa sesuatu akan terjadi berdasarkan tanda(-tanda) yg ada: Beliau ~ bahawa mereka akan mendapat keuntungan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)