Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fros] | فروس

Definisi : (Geog) 1. keadaan yg wujud apabila suhu permukaan bumi jatuh di bawah takat beku (0°C atau 32°F) sehingga terbentuknya hablur air yg halus-halus, ibun; 2. hablur ais yg halus-halus berwarna putih yg melitupi permukaan tanah, objek dsb, yg terbentuk drpd embun atau wap air yg beku, terutamanya pd waktu malam, ibun beku; berfros dilitupi atau diselaputi fros: cermin tingkap rumahnya ~ kerana cuaca di luar sangat sejuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fros] | فروس

Definisi : ist 1 keadaan cuaca yg suhunya berada di bawah takat beku. 2 lapisan wap ais yg spt debu dan berwarna putih (terdapat di kawasan yg iklimnya terlalu sejuk). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fros