Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.bung] | ݢابوڠ

Definisi : ikat, berkas: tiga ~ tebu;bergabung 1. terikat dlm satu berkas, berikat: batang-batang tebu yg ~; 2. bersama-sama menjadi atau bertindak sbg satu kumpulan (golongan): rakyat drpd berbagai-bagai kaum ~ utk menyuarakan ikrar kebangsaan; 3. bercantum atau bersekutu (menjadi satu, segolongan, atau sekelompok), bersatu: kalau parti tuan hendak berkuasa ada baiknya ~ dgn parti kami;menggabung 1. mengikat (beberapa batang tebu dll) menjadi satu, memberkas; 2. = menggabungkan;menggabungkan 1. mengikat (mengumpulkan) menjadi satu (seberkas); 2. mencantumkan (menyekutukan) dlm satu kumpulan atau golongan yg lebih besar, menyatukan: langkah-langkah yg diambil utk ~ badan-badan seni patutlah dipergiat lagi; ia mulai ~ semua perusahaan saudagar di bawah satu perbadanan; ~ diri dgn menyekutukan diri dgn, bersatu dgn, menyertai: orang-orang muda diminta ~ diri dgn angkatan bersenjata Malaysia; tergabung 1. terikat menjadi satu (seberkas), disatukan (dlm satu ikatan); 2. terikat (tercantum) dlm satu kumpulan (golongan) yg lebih besar;gabungan 1. berkas, ikat(an): lidi-lidi yg diikat ini agak besar ~nya; 2. persatuan yg terjadi drpd ikatan (persekutuan) beberapa buah pertubuhan atau kesatuan: G~ Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung; 3. cantuman atau satuan yg terdiri drpd dua atau beberapa unsur dsb: ~ pemikiran antara ahli profesional drpd berbagai-bagai organisasi dan institusi;pergabungan perihal bergabung (bercantum atau bersekutu): ~ beberapa buah pertubuhan dan persatuan;penggabungan perihal atau perbuatan menggabungkan (supaya menjadi satu ikatan atau perkumpulan yg besar): mesyuarat ~ badan-badan kesenian telah diadakan di Kuala Lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.bung] | ݢابوڠ

Definisi : penjodoh bilangan utk benda-benda yg diberkas; ikat: Se~ kacang panjang berharga seringgit. bergabung 1 telah diikat menjadi seberkas. 2 berkumpul menjadi satu; bersatu: Beberapa buah syarikat lain ingin ~ dgn syarikat kita. menggabungkan 1 mengumpulkan sesuatu dan mengikatnya menjadi satu; menyatukan dlm satu ikatan atau berkas: Mak Cik Esah ~ kacang panjang itu secekak-secekak utk dijual. 2 menjadikan bersatu; menyatukan: Kami sedang berusaha hendak ~ semua syarikat kerjasama menjadi satu syarikat kerjasama yg besar. gabungan 1 kumpulan sesuatu yg diberkas; ikatan: Penyapu ini kecil benar ~nya. 2 persatuan beberapa kumpulan atau beberapa persatuan lain: ~ Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung. 3 sesuatu (perkataan dll) yg telah digabungkan. ~ kata kumpulan beberapa kata yg membentuk kata majmuk, simpulan bahasa, rangkai kata, frasa dsb. pergabungan perbuatan atau cara bergabung: ~ antara syarikat kerjasama itu telah disambut baik oleh pihak yg bkn. penggabungan perbuatan menggabungkan: Mesyuarat mengenai ~ syarikat kerjasama itu telah berlangsung kelmarin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gabung