[ga.gau] | ݢاݢاو
Definisi : ; menggagau meraba-raba (dlm gelap dll), mencari sesuatu dgn meraba-raba: orang buta itu ~ laci meja;tergagau-gagau meraba-raba (kerana buta, gelap, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ga.gau] | ݢاݢاو
Definisi : Mn; bergagauan berteriak-teriak dgn tidak menentu;segagau serupa gagaunya, sama-sama tidak menentu: kini, yg ~ dengannya cuma seorang sahaja;tergagau berteriak dgn tiba-tiba (kerana takut dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ga.gau] | ݢاݢاو
Definisi : ; menggagau meraba-raba dlm gelap dsb kerana hendak mencari sesuatu: Gajah ~ dgn belalainya. tergagau-gagau berjalan dll dgn meraba-raba kerana kegelapan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)