Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gam.bir] | ݢمبير

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok menjalar), Uncaria gambir; 2. bahan yg diperoleh drpd pokok gambir utk dimakan dgn sirih dan pinang (utk menyamak kulit dll);~ air sj tumbuhan (pokok memanjat), Hippocratea macrantha; ~ badak = ~ jantan sj tumbuhan (pokok), Maesa ramentacea; ~ hutan sj tumbuhan (pokok memanjat), Uncaria cordata; ~ paya sj tumbuhan (pokok memanjat), Uncaria lanosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gam.bir] | ݢمبير

Definisi : 1 nama sj pokok menjalar, Uncaria gambir. 2 bahan yg diperoleh dr pokok gambir dan digunakan utk menyamak kulit atau dimakan dgn sirih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gambir

Puisi
 

Ada sirih ada pinang,
     Nantikan gambir dengan kapur;
Sudah dipilih sudah dipinang,
     Hanya menanti ijab kabul.


Lihat selanjutnya...(4)