[gan.tang] | ݢنتاڠ
Definisi : 1. sukatan atau ukuran banyak yg sama dgn 4 cupak atau 4.54 liter (lazimnya utk beras); 2. alat utk menyukat (beras dll); melukut di tepi ~ prb perkara kecil yg tidak mendapat perhatian; mengisi ~ pesuk prb membuat pekerjaan yg tidak menguntungkan; secupak tak akan jadi se~ prb sesuatu yg tetap dan sukar diubah lagi; menggantang menyukat dgn gantang; ~ asap mengingini sesuatu yg sukar dicapai; ~ anak ayam prb membuat pekerjaan yg amat susah; penuh sudah bagai ~ prb cukup (benar-benar) penuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[gan.tang] | ݢنتاڠ
Definisi : 1 unit sukatan yg besarnya empat cupak dan digunakan utk menyukat beras dll. 2 alat yg digunakan utk menyukat beras dll. menggantang menyukat dgn gantang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)