Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lé.té/] | ݢليتيق

Definisi : (geléték) 1. perbuatan mencuit (mencubit) supaya jadi geli; 2. ki hasutan, galakan (supaya jadi berani), rangsangan; hilang geli kerana ~ prb sesuatu yg kurang menyenangkan itu hilang apabila menjadi kebiasaan;menggeletek 1. mencuit (mencubit) supaya jadi geli: orang tua cepat melatah apabila digeletek; 2. menghasut, menggalakkan, memberangsangkan: kalau tidak digeletek, perkelahian mungkin tidak akan timbul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lé.té/] | ݢليتيق

Definisi : /geléték/; menggeletek mencuit-cuit badan orang dgn jari supaya orang itu berasa geli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata geletek

Peribahasa

Habis miang kerana bergeser.

Bermaksud :

Sesuatu kesukaran akan hilang apabila sudah menjadi kebiasaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Habis geli oleh geletek, habis rasa [= bisa] oleh biasa).

 

Lihat selanjutnya...(2)