Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.liat] | ݢليات

Definisi : ; ~-geliut geliang-geliut; menggeliat 1. merentang-rentangkan anggota badan (apabila bangun drpd tidur dll): baru saja bangkit, ia menguap dan ~ sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas; 2. memulas-mulas (benda yg kaku, ketat, dll); menggeliatkan menyebabkan (diri seseorang) menggeliat: Pak Tua ~ diri utk bebas drpd ikatan;tergeliat terpelecok, salah urat, terkilir (kaki, tangan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.liat] | ݢليات

Definisi : ; menggeliat 1 menghulur-hulurkan atau meregang-regangkan anggota spt ketika bangun drpd tidur dll: Apabila mendengar suara ibunya memanggil, Ali terjaga dan ~, kemudian terus ke bilik mandi. 2 memulas atau memiuh benda yg kaku dll. tergeliat tersalah urat dan berasa sakit (biasanya bengkak atau menjadi merah); terseliuh: Kakinya ~ kerana terjatuh ketika bermain bola. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata geliat