[ge.lin.tir] | ݢلينتير
Definisi : 1. Jw butir, biji; 2. orang (sbg penjodoh bilangan); segelintir sekumpulan kecil (manusia): mereka berusaha utk mempersalahkan seluruh kaum kerana dosa ~ manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ge.lin.tir] | ݢلينتير
Definisi : 1 benda yg berbutir-butir bentuknya; butir; biji; gentel. 2 kata yg digunakan utk menyatakan bilangan manusia yg tidak ditentukan jumlahnya; orang: Beberapa ~ manusia kelihatan berulang-alik mengangkat barang-barang itu. segelintir sekumpulan manusia yg sedikit jumlahnya: Hanya ~ saja yg menentang Rancangan Lima Tahun itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)