[ge.mu.ruh] | ݢموروه
Definisi : 1. = bergemuruh berbunyi spt guruh (bunyi kapal terbang, air terjun, dll): rakyat Pasai pun keluarlah, ~ bunyinya; ucapannya mendapat sambutan tepuk-sorak yg bergemuruh; 2. berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dsb), agak gementar: setiap pemain pasti berasa sedikit ~ apabila menentang lawan, terutamanya dlm kejohanan penting;kegemuruhan keadaan tidak tenteram, keributan: berlaku suatu ~ drama sejarah pd awal-awal tahun 1950-an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ge.mu.ruh] | ݢموروه
Definisi : kuat dan menderu-deru bunyinya (spt bunyi kapal terbang, tepuk sorak orang ramai dsb): Ucapan menteri itu disambut dgn tepukan yg ~. bergemuruh berbunyi dgn kuat serta menderu-deru; berbunyi spt guruh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)