Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : halangan, rintangan, aral: sudah kami tating-tating dan sudah kami kaji buruk-baiknya, tidak ada apa-apa ~nya anakanda diperumahkan; menggendalakan menyebabkan ada gendala (halangan, rintangan, aral), menghalang¬≠halangi, merintangi: kesukaran memperoleh bahan-bahan mungkin akan ~ pekerjaan; tergendala terhalang, tertahan (pekerjaan, perjalanan, dll): kalau anaknya yg kecil itu bangun kerjanya akan ~; kegendalaan 1. sesuatu yg menggendalakan (melambatkan atau menghalang kemajuan, perjalanan, dsb), halangan: mungkin ada sesuatu ~ di jalan; 2. keadaan tergendala (terhalang kemajuan dll): projek yg dirancang di Jalan Damansara sedang menghadapi ~ yg lama, terutamanya dr segi perolehan ta-pak bangunan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sesuatu yg menghalang dgn tidak disangka-sangka; halangan; aral: Insya-Allah jika tidak ada apa-apa ~nya, kami akan pulang pd hujung bulan ini. menggendalakan menyebabkan tidak dpt diteruskan; menghalang: Hujan lebat telah ~ kerja membaiki jalan itu. tergendala tidak dpt diteruskan; terhalang: Perjalanan itu sangat sukar dan kerap kali ~ oleh lapisan salji yg tebal dan basah. kegendalaan keadaan ditimpa gendala; mendapat gendala: ~ kuasa elektrik itu telah dpt dibaiki dlm tempoh setengah jam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gendala