Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gen.tar] | ݢنتر

Definisi : 1. goncangan yg cepat (tali gitar kalau dipetik, badan kalau ketakutan, bumi kalau gempa dll), getar, geletar; 2. ki berasa takut (bimbang dll): tidak ~ menyerang musuh; bergentar, menggentar 1. bergoncang: sekitar daerah itu ~ kerana letupan bom; 2. gementar, menggeletar (kerana kesejukan, ketakutan, dll);menggentari, mempergentari menyebabkan jadi gentar (takut), menakut-nakutkan: dia ~ pencuri itu dgn pistol mainan; menggentarkan 1. menjadikan bergentar: letupan bom ~ seluruh badan; 2. menjadikan gentar, menakutkan: hal itu tidak ~ hatinya; 3. merusuhkan, menggemparkan: orang yg gelap itu ~ seluruh kampung; gentaran goncangan: kaca jendela pecah kerana ~ bunyi bom; kegentaran 1. perihal gentar; 2. ketakutan; penggentaran perihal menggentarkan (merusuhkan dll); penggentar 1. sesuatu yg digunakan utk menggentarkan; 2. perusuh, pengganas; 3. pengecut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gen.tar] | ݢنتر

Definisi : 1 gerakan berulang-ulang dgn cepat, spt tali gitar yg dipetik; getar. 2 ki tidak berani terhadap sesuatu yg dianggap dpt membahayakan diri sendiri; takut; cemas: Dlm peperangan itu, mereka sedikit pun tidak ~. bergentar bergerak berulang-ulang dgn cepat; bergetar: Seluruh tubuhnya ~ kesejukan. Terasa bumi ~ akibat letupan yg kuat itu. menggentarkan 1 menjadikan bergerak berulang-ulang dgn cepat; menjadikan bergentar; menggetarkan: Letupan bom itu telah ~ rumah-rumah yg berhampiran. 2 ki menimbulkan rasa takut atau gentar; menakutkan mencemaskan: Penjahat-penjahat di kawasan sempadan telah ~ pekerja-pekerja balak di sana. kegentaran 1 keadaan bergentar. 2 perasaan gentar (gelisah, takut, cemas); ketakutan. 3 mengalami keadaan gentar; berperasaan gentar. penggentar 1 sesuatu (alat dll) yg digunakan utk menggentarkan. 2 orang yg bersifat gentar; penakut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gentar

Peribahasa

492

Do right and fear no man

Tidak takut untuk bertindak atas nama kebenaran

Berani kerana benar, takut kerana salah

I'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Do right and fear no man , but fear God.

Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Berani kerana benar, takut kerana salah, dan takut akan Tuhan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)