Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gen.tian] | ݢنتيان

Definisi : serat, serabut (pd sabut, daging manusia, dll); ~ asli = ~ semula jadi gentian drpd bahan mineral (spt asbestos), tumbuhan (spt kapas) atau haiwan (spt sutera), lazimnya dibuat tenunan; ~ buatan = ~ sintetik gentian drpd bahan spt nilon, kaca, karbon, dan polimer yg berat molekulnya tinggi; ~ kaca (Fiz) gentian yg diperbuat drpd filamen kaca yg halus-halus (bergaris pusat antara 5 hingga 10 mikrometer); ~ karbon (Fiz) gentian drpd benang­-benang tekstil (spt rayon) yg dibakar utk menghasilkan bahan yg lebih kukuh; ~ optik (Komp) gentian kaca yg panjang, lut sinar, dan halus yg digunakan utk menghantar data digital dlm bentuk denyutan cahaya, spt yg digunakan dlm telekomunikasi; ~ rami serat rami; ~ saraf serat saraf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gen.tian] | ݢنتيان

Definisi : 1 = ~ semula jadi benda spt benang yg terdapat pd tumbuh-tumbuhan atau haiwan spt dlm kapas, otot-otot dll; serat; serabut. 2 = ~ tiruan benda spt benang yg dibuat secara tiruan. 3 benda-benda yg terbentuk (terjadi) drpd gentian semula jadi atau gentian tiruan: ~ hem gentian utk dibuat tali. ~ kaca ist gentian yg diperbuat drpd filamen kaca yg halus-halus (bergaris pusat antara 5 hingga 10 mikrometer). ~ karbon ist gentian yg terdiri drpd filamen karbon yg nipis dan kuat yg diperbuat dgn memanaskan gentian rayon atau gentian tekstil lain, digunakan utk menguatkan resin, seramik atau logam. ~ optik ist gentian kaca yg panjang dan halus yg digunakan utk menghantar data digital dlm bentuk cahaya, spt yg digunakan dlm telekomunikasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gentian