Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ra.kan]/[ge.ra/.kan] | ݢرقن

Definisi : 1. hasil bergerak, perbuatan bergerak: ~ bumi; ~ tentera; 2. usaha, kegiatan: ~ hendak menghapuskan buta huruf; bilik ~ bilik tempat mengendalikan sesuatu usaha (kegiatan dll); ~ bawah tanah gerakan sulit utk menjatuhkan kerajaan dll; 3. = pergerakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ra.kan]/[ge.ra/.kan] | ݢرقن

Definisi : 1 hasil perbuatan bergerak: Janganlah kita membuat ~ badan yg keterlaluan selepas makan. 2 usaha atau kegiatan dlm masyarakat: ~ membasmi buta huruf telah berjalan dgn lancarnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerakan