Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.lap] | ݢيلڤ

Definisi : licin dan berkilat (spt barang-barang perak yg baru digosok); bergilap digilap: kenapa awak memakai kasut yg tidak ~; gilap-gemilap bercahaya gemerlap, berkilauan;menggilap menggosok supaya gilap: cara mencanai dan ~ kanta;gilapan hasil mengilap: dgn ~ terakhir, dia memandang kasut itu dgn kepuasan; penggilapan perihal (proses, perbuatan) menggilap;penggilap 1. bahan (alat) yg digunakan utk menggilap sesuatu: ~ kasut; 2. orang yg menggilap sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.lap] | ݢيلڤ

Definisi : bersih dan bercahaya kerana digosok dsb. ~-gemilap bercahaya jernih; berkilau-kilauan. menggilap menggosok supaya bersih dan berkilat: Pagi itu dia sibuk ~ barang-barang perhiasan yg dibuat drpd perak. penggilap bahan yg digunakan utk menggilap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gilap