[go.dam] | ݢودم
Definisi : palu (tukul, martil) besar; menggodam 1. menghentam (memukul) dgn godam dll; 2. (Komp) menceroboh masuk ke dlm sistem komputer orang lain, terutamanya utk mencuri, memusnahkan atau merosakkan data dan maklumat sulit yg tersimpan di dlm sistem komputer itu: perbuatan ~ sistem komputer oleh setengah-setengah pihak yg tidak bertanggungjawab mesti dicegah segera; penggodaman (Komp) perbuatan atau tindakan menceroboh masuk ke dlm sistem komputer orang lain utk mencuri data dan maklumat sulit dsb: ~ laman web oleh pihak yg tidak bertanggungjawab; penggodam 1. palu godam; 2. (Komp) orang yg menceroboh masuk ke dlm sistem komputer utk mengakses data dan maklumat sulit dsb: tindakan segera perlu diambil utk menjejaki dan menangkap ~ sistem komputer itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[go.dam] | ݢودم
Definisi : tukul yg besar. menggodam 1 memukul atau menghentam dgn godam dll. 2 menceroboh masuk ke dlm sistem komputer orang lain, terutamanya utk mencuri, memusnahkan atau merosakkan data dan maklumat yg tersimpan dlm sistem komputer tsb: Perbuatan ~ sistem komputer oleh pihak yg tidak bertanggungjawab mesti dihapuskan segera. penggodaman perbuatan atau tindakan menggodam sistem komputer orang lain: ~ laman web oleh pihak yg tidak bertanggungjawab mestilah dihentikan. penggodam 1 godam. 2 orang yg menggodam sistem komputer orang lain: Tindakan segera mesti diambil utk menjejaki dan menangkap ~ sistem komputer itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)