Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; menggubah 1. mengatur atau menyusun bunga (utk perhiasan sanggul dll); 2. mengarang (cerita, sajak, dll), mencipta (lagu dll), membentuk atau menyusun (seĀ­suatu): nasihat itu telah digubah dlm serangkap pantun; gubahan 1. bunga dll yg digubah; 2. karangan (cerita dll), ciptaan lagu: banyak cerpen ~nya disiarkan dlm majalah mingguan; penggubahan perbuatan (usaha dsb) menggubah: kita harus meninjau sejarah perkembangan sains moden serta dasar-dasar ~ falsafahnya; penggubah orang yg menggubah, pencipta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gubah I

Peribahasa

Telah dapat gading bertuah,
     terbuang tanduk kerbau mati.

Bermaksud :

Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang).

 

Lihat selanjutnya...(2)