Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.faz] | حفظ

Definisi : Ar terpelihara dan kekal dlm ingatan (khususnya tentang bacaan ayat suci al-Quran): waktu umurnya hanya sepuluh tahun ia sudah ~ kitab suci dan mengetahui banyak drpd syair-syair Arab; ~ Quran dapat mem­baca seluruh al-Quran dgn tidak melihat kitab; menghafaz membaca atau mempelajari ayat suci berulang kali supaya ingat dlm ingatan; terhafaz dapat dihafaz: ayat-ayat al-Quran yg ~ olehnya; penghafazan perbuatan menghafaz; penghafaz orang yg menghafaz. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.faz] | حفظ

Definisi : dpt mengingat segala yg dipelajari; dpt mengucapkan ayat-ayat al-Quran dll dgn ingatan semata-mata: Sejak kecil lagi, dia ~ al-Quran. menghafaz mempelajari sesuatu berulang-ulang supaya hafaz: Saya tidak dpt ~ syair itu kerana terlalu panjang. terhafaz dpt dihafaz: Tidak ~ olehnya akan ucapan itu kerana terlalu panjang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hafaz
Rujuk :hafal