Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.kis] | هاکيس

Definisi : ; menghakis 1. mengikis (dan meng­hanyut­kan) permukaan tanah atau batu dll (oleh air, angin, dll) sehingga haus, rosak, musnah dsb: angin saja tidak boleh ~ batu, tetapi angin yg mengandungi pasir halus dapat mengikis bahagian batu yg lembut; selepas tanah pantai dihakis oleh air, maka jelas kelihatan akar-akar lintang yg mene­gakkan akar-akar ceracak keluar; 2. menye­babkan (kuasa, moral, keyakinan dsb) se­makin terjejas, berkurang, merosot, hilang dsb: pelbagai amalan tidak sihat akan berlaku dan seterusnya ~ keyakinan pelabur; kenaikan kos ini akan hanya ~ kecekapan pengeluaran pertanian tempatan; 3. ki menjadi kurang (bkn nilai, harapan, keyakin­an dsb), merosot, menurun: apabila tindakan mengenakan kadar faedah dilambatkan, keyakinan terus ~; menghakiskan 1. mengikis (dan meng­hanyut­kan) permukaan tanah atau batu dll (oleh air, angin, dll) sehingga haus, rosak, musnah dsb: pohon itu musnah disebabkan oleh ombak yg sudah banyak ~ tanah di sekitarnya; 2. menyebabkan (keuntungan, kuasa, moral, keyakinan dsb) semakin ter­jejas, berkurang, merosot, hilang dsb: peng­ambilan untung selepas urus niaga ber­henti rehat pd tengah hari telah ~ keuntung­an terdahulu di BSKL; terhakis 1. dikikis dan dihanyutkan oleh air, angin, ombak dsb (bkn permukaan tanah, batu dsb): perdu itu tumbang dan akhirnya ~ segala tanah; kejadian itu menyebabkan pantai ~ akibat dipukul ombak besar; 2. menjadi semakin berkurang (merosot, lenyap dsb): pendapatan kerajaan negeri semakin ~ sedangkan perbelanjaan mengurus se­makin meningkat; kedamaian kampung itu sudah mula ~ atas nama pembangunan; hakisan perihal menjadi terhakis; penghakisan proses (perbuatan, tindakan dsb) menghakis atau menghakiskan: kadar ~ tanah bergantung pd beberapa faktor persekitaran fizikal; keruntuhan akhlak dan ~ rasa hormat dan kasih sayang kpd orang tua semakin ketara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.kis] | هاکيس

Definisi : ; menghakis 1 mengikis dan menghanyutkan permukaan tanah, batu dll sehingga haus (oleh air, angin dll): Angin yg membawa pasir halus dpt ~ bahagian batu yg lembut. 2 menyebabkan keuntungan, kuasa, keyakinan dll semakin terjejas: Amalan rasuah yg berlaku akan ~ keyakinan pelabur. 3 ki menjadi kurang (bkn nilai, keyakinan dll): Apabila tindakan tidak diambil, keyakinan terhadap pihak berkuasa terus ~. terhakis sudah dihakis. hakisan hasil menghakis; tindakan menghakis. penghakisan proses atau perbuatan menghakis: Kadar ~ tanah bergantung pd beberapa faktor. Kita mestilah berusaha agar ~ rasa hormat terhadap ibu bapa tidak berlaku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hakis
Kata Terbitan : menghakis, terhakis, hakisan,