Definisi : 1. sedap (enak) baunya, wangi: bunga melati yg ~ baunya; 2. ki (bkn maruah, nama, kehormatan) baik, masyhur, terkenal: nama Malaysia semakin ~ dlm hubungan antarabangsa; ~ menghilangkan bau prb keburukan tidak kelihatan kerana tertutup oleh perbuatan atau nama baik; mengharum berbau (menjadi) harum, mewangi: bunga-bunga kembang ~ di taman; mengharumkan 1. menyebabkan berbau harum, mewangikan: minyak wangi dipakai utk ~ badan; 2. menyebabkan mendapat nama baik (masyhur dsb): dgn kemenangan-kemenangannya itu Jega telah ~ nama Malaysia dlm bidang sukan antarabangsa; mengharumi memberi bau harum (keharuman) pd: bunga-bungaan yg wangi ~ bilik itu; haruman, harum-haruman bau-bauan yg wangi: ia tidak suka dgn kuih-kuih yg berbau minyak sapi, mentega, dan ~; haruman, harum-haruman bau-bauan yg wangi: ia tidak suka dgn kuih-kuih yg berbau minyak sapi, mentega, dan ~; haruman, harum-haruman bau-bauan yg wangi: ia tidak suka dgn kuih-kuih yg berbau minyak sapi, mentega, dan ~; pengharum bahan (unsur, faktor dsb) yg mengharumkan: daun limau purut juga digunakan sbg ~ masakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)