Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.bah] | هيبه

Definisi : (hébah) Ar berita, pengumuman, siaran; menghebahkan 1. menyiarkan, memberi­tahu­kan kpd orang ramai (melalui akhbar, televisyen, dll): pemimpin-pemimpin negara ~ rancangan pembangunan luar bandar kpd tamu-tamu luar negeri; 2. menyebarkan, meng­umumkan, mendiayahkan (agama, fa­ham­an politik, dll): Nabi Muhammad SAW ialah orang yg mula-mula ~ ajaran Islam; terhebah dihebahkan, dimaklumkan: kegiat­an lain pula tidak begitu ~ kpd umum; hebahan sesuatu yg dihebahkan; penghebahan perbuatan atau hal meng­hebah­kan, penyiaran, penyebaran, peng­umum­an: ~ berita itu dibuat melalui RTM; penghebah 1. orang yg menghebahkan (me­­­nyiar­kan), penyiar; 2. orang yg meng­hebahkan (menyebarkan, mengumumkan, men­­diayahkan), penyebar, pendiayah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.bah] | هيبه

Definisi : /hébah/; menghebahkan 1 memberitahukan (berita dsb) kpd orang ramai melalui radio, akhbar dll: menyiarkan; mengumumkan: Juruhebah telah ~ berita itu di radio. Orang ramai bertepuk tangan apabila keputusan lompat jauh dihebahkan. 2 menyebarkan atau mengembangkan (agama, fahaman dll): Orang yg mula-mula ~ ajaran Islam di Nusantara tidak diketahui dgn pasti. penghebahan perbuatan atau hal menghebahkan; pengumuman; penyiaran: ~ berita itu dibuat melalui RTM. ~ agama itu telah dilakukan oleh para mubaligh. penghebah orang yg menghebahkan (berita, sesuatu ajaran dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hebah
Kata Terbitan : menghebahkan, penghebahan, penghebah,