Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.la] | هيلا

Definisi : (héla); menghela 1. menarik, meng­heret, menyeret: polis pencegah rusuhan ~ pemuda penunjuk perasaan ke dlm kereta perisai; ~ nafas menyedut udara; ~ surut mengundurkan (menarik) ke belakang; 2. ark menolak (dlm kira-kira), mengurangi: dua puluh dihela tiga; bagai ~ rambut dlm tepung prb harus berhati-hati ketika menyelesaikan sesuatu pekerjaan yg sulit; menghelakan menarik, mengheret: kerana terlampau marah Hanifah pun ~ adiknya keluar kamar dgn menarik tangannya; helaan tarikan; penghela penarik: kuda ~ kereta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.la] | هيلا

Definisi : (héla) sl; menghelakan menghalakan; ® hala I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.la] | هيلا

Definisi : /héla/; menghela menarik atau menyeret: ~ pedati; Dia menarik tangan adik­­nya dan ~nya ke luar kamar. ~ nafas menarik nafas; menyedut udara. helaan 1 hal atau hasil menghela (menarik); tarikan. 2 sesuatu yg dihela; tarikan: ~nya begitu berat sehingga hampir habis tenaga yg diguna­kannya. penghela 1 orang yg menghela; penarik. 2 alat utk menghela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hela
Kata Terbitan : menghela, helaan, penghela,