[hi.dang] | هيدڠ
Definisi : ; menghidangkan 1. = berhidang menyajikan atau menyediakan makanan (minuman dll): air kopi yg dihidangkan oleh isterinya sudah habis diminumnya; apabila kita berhidang utk tamu hari raya tentulah tidak ketinggalan kita menyediakan minuman; 2. ki mengutarakan atau mengemukakan sesuatu perkara (dlm mesyuarat dll): pengarang surat khabar ~ masalah pengangguran dlm tajuk rencananya; 3. ki memperdengarkan, mempertunjukkan dsb kpd orang ramai, mempersembahkan: penyanyi itu telah ~ lima buah lagu dlm pertunjukan itu; hidangan 1. makanan yg disediakan, sajian: maka didapatinya Mak Andeh masih bersiap menyajikan ~; ~ Melayu makanan masakan Melayu; 2. sesuatu (spt lagu, muzik, drama) yg diperdengarkan, diperlihatkan, dsb: masing-masing menyandar ke kerusi mendengar ~ lagu-lagu merdu drpd peti radio; sehidangan 1. satu hidangan: anak gadisnya muncul membawa ~ kopi dan kuih-muih; 2. sama hidangan (sewaktu makan): makan sehidang(an); penghidangan perihal menghidangkan, penyajian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[hi.dang] | هيدڠ
Definisi : ; menghidangkan menyediakan (makanan atau minuman di meja dll); menyajikan (makanan, minuman dll): Emaknya ~ minuman dan kuih di atas meja. hidangan 1 makanan atau minuman yg dihidangkan atau disajikan; sajian: Silalah makan ~ yg tidak sptnya ini. 2 sesuatu yg dipersembahkan (diperdengarkan atau diperlihatkan): Masing-masing bersandar di kerusi mendengar ~ lagu-lagu merdu dr radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)