[hi.du] | هيدو
Definisi : ; menghidu 1. mencium, membaui (tembakau, bunga, dll): sambil berjalan ia ~ bau wangi kemejanya; 2. menyedut (udara dll); 3. mengesan sesuatu dgn mencium bau yg ditinggalkan: anjing itu dapat ~ ke mana larinya pengganas itu; 4. ki mengetahui atau dapat mengesan sesuatu yg menjadi rahsia sesuatu pihak dgn bertanya-tanya, merisik-risik, memerhatikan gerak-geri pihak tersebut dsb: rancangan jahat mereka telah dapat dihidu oleh polis; terhidu 1. terbau sesuatu dgn tiba-tiba: sedang dia duduk-duduk, dia ~ bau kemenyan; 2. tersedut (gas atau udara) melalui hidung: mereka diberi rawatan segera kerana ~ sejenis gas beracun; penghidu orang yg menghidu (membaui) sesuatu kerana ketagih: ~ gam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[hi.du] | هيدو
Definisi : ; menghidu menyedut udara dgn hidung utk mengetahui baunya; mencium; membaui: Sambil berjalan, ia ~ bau wangi kemejanya. terhidu tidak sengaja menghidu sesuatu: Mereka diberi rawatan kerana ~ gas beracun. penghidu orang yg menghidu sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)