[him.pun] | هيمڤون
Definisi : (Komp) 1. proses mengumpulkan data, subrutin, dll yg diperlukan oleh atur cara utk pemprosesan; 2. proses menterjemah kod bahasa berlambang kpd kod mesin yg setara; berhimpun berkumpul: dgn seketika itu juga segala anak cucunya pun ~lah; menghimpunkan mengumpulkan (orang, benda, maklumat, dll): maka baginda menyuruh ~ segala orang besar-besar di dlm negeri Samudera; JPM berusaha menyampaikan ilmu yg telah dihimpunkan oleh sarjana bidang tersebut secara sistematik; terhimpun telah dikumpulkan, terkumpul; himpunan kumpulan: sebuah ~ puisi; analisis yg menghuraikan sekumpulan ayat melalui satu ~ data; perhimpunan 1. perihal berhimpun beramai-ramai utk sesuatu tujuan tertentu: sekalian penghulu dan ahli bijak pandai mengadakan satu ~ besar di Padang Asam; 2. tempat berhimpun (terhimpunnya barang-barang dll): maka oleh segala orang Arab dinamainya malakat, ertinya ~ segala dagangan, kerana banyak jenis dagangan ada di sana; penghimpunan perihal atau perbuatan menghimpunkan, pengumpulan; penghimpun; ~ elektrik Id bateri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[him.pun] | هيمڤون
Definisi : ; berhimpun berkumpul (di sesuatu tempat): Mereka ~ di padang pd hari itu utk mendengar titah baginda. menghimpunkan mengumpulkan (orang dll): Maka baginda menyuruh ~ orang besar di negeri Samudera. terhimpun sudah dikumpulkan; terkumpul. himpunan sesuatu yg dikumpulkan; kumpulan. perhimpunan hal atau perbuatan berhimpun (beramai-ramai utk sesuatu tujuan); perjumpaan (besar); perkumpulan: Beberapa orang pemimpin telah berucap di ~ itu. penghimpunan perbuatan atau hal menghimpunkan; pengumpulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)