[hi.tu.ngan] | هيتوڠن
Definisi : 1. hasil drpd menghitung (mengira): saya belum dapat mengesahkan ~mu; 2. perkara (soal dll) yg perlu dikira (spt ilmu hisab, masalah, dll); ~ angka-angka Id mengira dgn angka-angka saja; ~ kepala Id pekerjaan mengira dlm kepala (mencongak); ~ soal(an) Id perkara berhitung yg difahamkan dr kalimat-kalimat atau cerita (masalah); 3. = perhitungan pertimbangan, fikiran, pendapat: sudah putus sahaja ~ engkau akan kahwin dgn Marah Adil, dan terus perkahwinan dilangsungkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[hi.tu.ngan] | هيتوڠن
Definisi : hasil yg didapat drpd menghitung; cara menghitung: ~nya tepat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)