[hu.ku.man] | حکومن
Definisi : 1. penderitaan dsb yg dikenakan atas orang yg melakukan kesalahan (melanggar undang-undang); 2. keputusan yg dibuat oleh hakim (Tuhan, kerajaan, dll): mahkamah menjatuhkan ~ penjara seumur hidup terhadap kedua-dua orang pengkhianat itu; kesalahan awam tidak akan membawa kpd ~ kesalahan jenayah; orang ~ orang yg dihukum penjara dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[hu.ku.man] | حکومن
Definisi : seksaan, penderitaan dll yg dikenakan kpd orang yg melakukan kesalahan; keputusan yg dibuat oleh hakim dsb: Mahkamah telah menjatuhkan ~ penjara seumur hidup terhadap kedua-dua orang pengkianat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)