[hum.ban] | هومبن
Definisi : = ~ tali = penghumban alat drpd tali utk melontarkan batu; menghumban 1. melontarkan batu dgn humban; 2. melontar jauh-jauh, melempar: maka dihumban oleh gajah akan orang yg di atas kandang itu; menghumbankan melontarkan, melemparkan: diambil pula batu berat sepikul dihumbankannya ke kepala Awang; terhumban terjatuh dgn kuat, tercampak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[hum.ban] | هومبن
Definisi : ; menghumban melarikan diri; ® humbas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[hum.ban] | هومبن
Definisi : = ~ tali tali yg digunakan utk melontarkan batu. menghumban 1 melontar dgn humban. 2 melontar jauh-jauh; melempar; membaling. menghumbankan melontarkan sesuatu; melemparkan; membalingkan: Batu itu dihumbankannya ke dlm semak. terhumban terjatuh dgn agak kuat; tercampak: Mereka ~ ke dlm sungai kerana tali tempat mereka berpaut itu putus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)