Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.kan] | ايکن

Definisi : sj binatang berdarah sejuk yg hidup di dlm air serta bernafas melalui insang dan mempunyai sirip utk berenang. ~ air tawar (darat) ikan yg hidup dlm air tawar (spt di sungai, di paya). ~ asin (masin, kering) ikan yg dibubuhi garam dan dikeringkan. ~ basah ikan yg tidak mengalami sebarang proses (spt tidak dikeringkan, tidak dijeruk); ikan yg baru ditangkap. ~ laut ikan yg hidup di laut. ~ pelaga ikan kecil utk diperlagakan. ~ salai ikan yg dikeringkan di atas api. perikanan urusan mengenai ikan: Jabatan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikan (kata nama)

Puisi
 

Banyak ikan perkara ikan,
     Ikan bilis sedap sekali;
Banyak hitam perkara hitam,
     Hitam manis pemurah hati.


Lihat selanjutnya...(210)
Peribahasa

Sebab nila setitik,
     rosak susu (= santan) sebelanga.

Bermaksud :

Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor).

 

Lihat selanjutnya...(91)