Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : timbang, tidak berat sebelah; roda ~ roda yg meneruskan dan melicinkan perĀ­jalanan enjin; seimbang 1. setimbang, sama berat, tidak berat sebelah: di daerah itu, kekuatan parti pembangkang ~ dgn kekuatan parti yg berkuasa; jungkat-jungkit adalah ~ di tengah-tengahnya; 2. setimpal, sebanding, sepadan: memberi balasan yg ~; 3. sesuai, cocok: sikapnya selalu ~ dgn pengertian hidup isterinya; abang tidak boleh memaksa hati saya ~ dgn hati abang; makanan ~ makanan yg khasiatnya sesuai bagi keperluan tubuh; berseimbang setimbang, sepadan, sebanding; berseimbangan sama imbangannya (antara satu sama lain); menyeimbangkan menjadikan seimbang (tetap, tidak turun naik, dsb): tugas utama kabinet baru ini ialah ~ ekonomi; kerajaan berhasrat menyusun semula masyarakat utk ~ kedudukan ekonomi; keseimbangan keadaan seimbang: ~ ekonomi antara kaum di negeri ini sangat mustahak; nyatalah bahawa sistem pendidikan di negara ini mesti merupakan sistem yg mempunyai ~ antara mata pelajaran sastera dan sains; ketidakseimbangan perihal (keadaan) tidak seimbang: ~ pengagihan kuasa dan kemakmuran dlm masyarakat; ~ dlm soal pencapaian mutu pelajaran; masalah ~ taburan penduduk di muka bumi ini; perseimbangan perihal berseimbang; imbang-imbangan hampir-hampir sama kuatnya (beratnya, pandainya, banyaknya, dll); berimbang 1. sepadan, sebanding, setimbang, sama (banyak, berat, kuat, dll): tokong simbang tampak beratur, tampak dr Tanjung Jati, laksana ~ buah catur, raja mati, menterinya mati; 2. = berimbangan berbandingan (dgn), berpadanan (dgn), berpatutan (dgn): dia berusaha lebih giat lagi supaya pendapatannya ~ dgn perbelanjaannya; upah yg diberikan itu adalah ~ dgn kerja yg dibuatnya; mengimbangi 1. menjadi sbg imbangan kpd: banyaknya gula ~ pahit kopi yg pekat; 2. menandingi, melawani: tungku pemanas bilik tak dapat ~ dingin yg amat sangat itu; 3. membalas (budi, cinta, dll): kebaikan diimbangi dgn kebaikan; mengimbangkan, memperimbangkan menjadikan supaya berimbang (sebanding): penubuhan syarikat ini akan dapat meneruskan usaha ~ kedudukan ekonomi antara semua golongan rakyat dlm negara ini; ~ kira-kira; imbangan 1. keadaan yg seimbang: bacaan yg baik berkehendakkan ~ antara bahan bacaan yg berat dgn yg ringan; 2. bandingan, timbangan: pertubuhan itu mengkaji ~ kekuatan tentera kuasa-kuasa dunia; keimbangan keadaan berimbang; perimbangan persamaan (perbandingan) berat (pandai, banyak, dll): peperangan boleh dielakkan kalau ada sebuah badan yg dapat mengawal ~ kekuatan tentera bagi negara-negara yg besar; pengimbangan perihal atau perbuatan mengimbangi atau mengimbangkan: ~ duga dilakukan utk mengetahui betul atau tidak kira-kira kita; pengimbang 1. (alat dll) yg mengimbangi, yg dipakai utk mengimbangi; 2. (Kej) perkakas utk mengatur kemasukan wap dlm enjin supaya kecepatan jalannya enjin itu teratur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)