Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.bas] | ايمبس

Definisi : 1. arus udara (kerana orang mengipas, orang berjalan, dll); sekali ~ selayang pandang: dia kenal gadis itu, walaupun dipandangnya sekali ~ sahaja; 2. arus elektrik; 3. = ~ hantu sl penyakit yg kononnya disebabkan oleh hantu yg lalu; 4. ark dorongan (desakan); seimbas sekejap, selayang; ~ pandang selayang pandang; imbas-imbas hampir sama (serupa), seakan-akan: anak itu ada ~ rupa ayahnya; mengimbas 1. = mengimbasi mengenakan arus udara pd sesuatu, mengipas; 2. bergerak ke kiri dan ke kanan dgn cepat: tiang topang imbas-~; 3. = mengimbasi Id menggerakkan (memindahkan) arus elektrik; imbasan imbas, gerakan (aliran) udara, gerakan kereta, dll yg cepat: ia hanya sempat melihat ~ kereta tersebut; kad ~ kad yg diperlihatkan sebentar pd murid utk menguji (kebolehan, kecepatan berfikir, dll); pengimbasan (Ubat) kaedah memeriksa bahagian tertentu tubuh, sama ada dgn menggunakan gelombang bunyi atau sinaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[im.bas] | ايمبس

Definisi : 1 = imbasan arus udara oleh sebab orang mengipas (orang berjalan dll). 2 gerakan kereta dll yg cepat: Saya hanya sempat melihat ~nya. 3 gerakan mata yg cepat utk melihat sesuatu: sekali ~ memandang sekali saja dgn cepat. 4 = ~ hantu sj penyakit yg dipercayai disebabkan oleh hantu yg lalu. pengimbas ist alat yg digunakan utk membaca bahan-bahan berbentuk tulisan atau grafik dr kertas dan menukarkannya kpd bentuk data digital. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
imbas
Kata Terbitan : seimbas, imbas-imbas,