[in.te.rak.si] | اينترکسي
Definisi : tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak: kaunseling ialah satu proses yg melibatkan ~ antara seorang kaunselor dgn kliennya; komunikasi massa sering diertikan sbg proses perhubungan atau ~ antara individu dlm sesuatu kelompok masyarakat; berinteraksi bertindak (berhubungan secara aktif dsb) antara satu sama lain, saling bertindak (mempengaruhi, berhubungan, dsb): persidangan itu telah memberi banyak peluang kpd para peserta utk ~ serta bertukar-tukar fikiran; murid-murid drpd berbagai-bagai kaum bergaul dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[in.te.rak.si] | اينترکسي
Definisi : tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain; tindak balas antara dua pihak atau lebih: Komunikasi ialah proses perhubungan atau ~ di kalangan individu. berinteraksi bertindak atau berhubungan secara aktif antara satu sama lain: Pertemuan itu memberi peluang kpd yg hadir utk ~ serta bertukar-tukar fikiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)