[ja.ha.nam] | جهنم
Definisi : Ar 1. = neraka ~ laut api di akhirat tempat orang-orang yg tidak mengikut perintah Allah menerima hukumannya: orang yg tidak mengikut perintah Allah akan dimasukkan ke dlm neraka ~; 2. orang yg jahat lagi terkutuk: kau boleh pergi dr sini ~; 3. rosak: jam itu telah ~; menjahanamkan 1. membinasakan, memusnahkan: bom yg digugurkan telah ~ beberapa buah bangunan; 2. merosakkan: mereka dilarang ~ barang-barang mainan itu; 3. meruntuhkan: kita tidak seharusnya ~ rumah tangga orang lain; 4. mengutuk, menyerapah; penjahanam orang yg menjahanamkan sesuatu (harta benda, kehidupan orang lain dsb), pemusnah: ada antara mereka yg bermuka-muka sbg pembela rakyat, tetapi sebenarnya ~ dlm serba hal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)