Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.két] | جاکيت

Definisi : (jakét) 1. sj kot pendek berlengan dan terbuka di depan, labuhnya hingga ke pung­gung; ~ keselamatan sj jaket tidak berlengan yg boleh dikembungkan, biasanya digunakan ketika kecemasan dlm air; 2. balutan yg direka bentuk utk melindungi kulit buku; berjaket memakai jaket: Emil ~ kulit ber­warna hitam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.két] | جاکيت

Definisi : /jakét/ 1 sj kot pendek berlengan dan terbuka di bahagian depan atau boleh dizip, labuhnya hingga ke bahagian punggung. 2 balutan yg direka bentuk utk melindungi kulit buku. ~ keselamatan sj jaket tidak berlengan yg boleh dikembungkan, biasanya digunakan ketika kecemasan dlm air. berjaket memakai jaket: Emil ~ kulit berwarna hitam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jaket