Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. garis yg agak lebar dan lurus (pd kain dll), loreng yg lurus, belang; 2. ruang panjang yg terletak di antara dua garis (batas, deret, dll), lajur; 3. sesuatu yg nipis serta panjang; 4. kayu nipis dan panjang yg dipakai sbg lidah utk menyambung kayu; 5. (Komp) spektrum frekuensi di antara dua had frekuensi yg ditetapkan dlm sistem telekomunikasi; 6. (Komp) jejak pd cakera, katrij, atau gelendong magnet yg telah ditentukan sbg tempat menyimpan data; ~ asas (Komp) jalur frekuensi yg diduduki oleh suatu isyarat asal, sebelum isyarat tersebut diproses; ~ lebar (Komp) jalur frekuensi saluran penghantaran yg mempunyai lebar jalur melebihi frekuensi suara 3000 hertz; ~ tenaga (Kim) jalur yg terbentuk drpd aras-aras tenaga yg selanjar dan sangat rapat dlm pepejal berhablur; berjalur, berjalur-jalur 1. bergaris-garis yg lebarnya sama dan warnanya berlainan, berloreng lurus: bendera itu ~ putih merah; 2. mempunyai ruang panjang (di antara dua garis dll): kain itu dipotong ~ ; jaluran 1. jalur: tikar mengkuang itu ada ~ merah; 2. perihal berjalur: saraf ~ . (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jalur (kata nama)
1. Bersinonim dengan belang: loreng, coreng, garis,

2. Rujuk lajur

Kata Terbitan : berjalur-jalur,