Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jang.kit] | جاڠکيت

Definisi : ; berjangkit, menjangkit 1. ber­pin­dah drpd seorang kpd seorang, menular, merebak: penyakit itu telah ~ ke kampung ini; 2. mengikut (tabiat, perangai, dll): tabiat itu telah ~ kpd anaknya; berjangkitan dijangkiti (penyakit, perangai, dll); keberjangkitan perihal berjangkit; menjangkiti menulari, merebak kpd: kami tidak mahu membiarkan kerja-kerja maksiat berlanjutan dan ~ orang ramai; menjangkitkan menularkan, merebakkan: ~ penyakit dgn jalan menyuntik; terjangkit dihinggapi penyakit dsb, di­jangkiti, kejangkitan: umbai yg ~ oleh kuman umpamanya, boleh menimbulkan suatu ke­adaan yg diketahui sbg radang umbai; jangkitan kejadian (penyakit dsb) ber­jangkit; kejangkitan dihinggapi penyakit (yg ber­jangkit), ketularan: dia takut ~ penyakit itu kalau bergaul dgn mereka yg berpenyakit; penjangkitan perihal (perbuatan, proses, dsb) menjangkit: ~ penyakit itu tidak berhasil; sudah cukup utk menyebabkan ~ yg parah hingga boleh merugikan petani; perjangkitan perihal berjangkit; penjangkit yg menyebabkan berlakunya jang­kitan, yg menyebabkan penjangkitan: nyamuk-nyamuk ~ penyakit ini mempunyai tempat biak yg tersendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jang.kit] | جاڠکيت

Definisi : ; berjangkit merebak atau berpindah ke benda lain (bkn api); menyerang orang lain (bkn penyakit); menular: Api itu telah ~ ke rumah sebelah. Penyakit anjing gila mudah ~. menjangkiti merebak kpd (bkn penyakit); menulari: Penyakit itu telah ~ seluruh anggota keluarga Pak Ahmad. menjangkitkan menyebabkan menjadi berjangkit; merebakkan; menularkan: Tikus selalu ~ penyakit. jangkitan kejadian berjangkit: Dia sakit kerana terkena ~ kuman. kejangkitan kena penyakit menular; ketularan: Ia tidak mahu tinggal di tempat yg kotor kerana takut ~ penyakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jangkit
Kata Terbitan : berjangkit, menjangkiti, menjangkitkan, terjangkit, penjangkitan,