Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : janji utk bertemu dgn seseorang pd masa dan di tempat yg telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
janji (kata nama)
1. Bersinonim dengan waad: waadat, komitmen, iltizam, ikrar, sumpah, pengakuan, jaminan,

2. Bersinonim dengan ajal: had, waktu, tempoh, waad,

Kata Terbitan : berjanji, menjanjikan, perjanjian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"apakah perbezaan temu janji dan janji temu? teima kasih.."Berdasarkan Kamus Dewan Ediis Keempat, frasa yang betul ialah janji temu. Janji untuk bertemu dengan seseorang pada masa dan di tempat yang telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dsb. Terima kasih.Ejaan01.05.2014
Berkenaan istilah "janji temu" dan "temu janji", benarkah pemahaman kami seperti berikut: 1. Janji temu: sudah ada perjanjian untuk bertemu 2. Temu janji: proses permohonan untuk menetapkan perjanjian untuk bertemu (contoh dalam kes untuk bertemu dengan pegawai tinggi kerajaan, belum ada tarikh untuk bertemu)1. Benar untuk makna "janji temu", iaitu janji untuk bertemu.
2. Tidak benar untuk makna "temu janji". Masih belum terakam kata dan makna untuk "temu janji" dalam kamus terbitan DBP.
3. Proses permohonan untuk menetapkan perjanjian untuk bertemu juga bermaksud proses "janji temu".
4. "Bertemu" dan kemudiannya "berjanji" juga bukan "temu janji".
Makna04.04.2023
Salam. Apa beza antara janji temu dan temu janji? Banyak buku-buku latihan menulis temu janji. TqBerdasarkan Kamus Dewan Ediis Keempat, frasa yang betul ialah janji temu. Janji untuk bertemu dengan seseorang pada masa dan di tempat yang telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dsb. Terima kasih.Ejaan07.09.2015
Perbezaan di antara perkataan temu janji dan janji temu. Yang mana satu betul untuk digunakan. Terima kasih.Frasa yang betul ialah janji temu berdasarkan konsep berjanji dahulu, kemudian baru bertemu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, janji temu bermaksud janji untuk bertemu dengan seseorang pada masa dan di tempat yang telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dan sebagainya.Lain-lain28.09.2021
janji temu atau temu janjijanji temuTatabahasa25.09.2014
Mohon pencerahan. 1. Satu rampasan dadah terbesar... atau Satu rampasan terbesar dadah... 2. Sungguh amat ayu gadis itu : Adakah ayat ini salah ? 3. Janji temu @ temu janji ? Terima kasih.1. Frasa yang betul ialah "rampasan dadah terbesar".
2. Frasa yang betul ialah "sungguh ayu" atau "amat ayu".  
3. Janji temu.
Tatabahasa01.09.2015
"temu janji" atau "janji temu"?Jawapannya ialah janji temu. Singkatan daripada janji untuk bertemu. Harap maklum.Lain-lain06.08.2007
temu janji atau janji temu, yang mana satu betul?Yang betul ialah janji temu.Istilah28.07.2008
temu janji atau janji temu? TQJawapannya ialah janji temu. Singkatan daripada janji untuk bertemu. Harap maklum.Makna04.09.2012
janji temu atau temu janji yang mana satu yang betul?Istilah yang betul ialah janji temu.Istilah09.05.2012
1234

Kembali ke atas