[je.jal] | ججل ب
Definisi : ; berjejal, berjejal-jejal penuh sesak, penuh pepak, penuh tumpat: di seberang sana kelihatan motokar ~; menjejal, menjejali menyumbat, mengisi (lubang dll) dgn penuh, menutup lubang (celah-celah) dgn sesuatu, memenuhi: setiap tanah lapang dijejali dgn rumah-rumah kediaman; terjejal disumbat dgn penuh: tambahan yg ~ pd lubang paip itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[je.jal] | ججل ب
Definisi : ; berjejal penuh hingga berasak-asak; penuh sesak: Orang ~ masuk ke Stadium Merdeka hendak menonton perlawanan bola sepak. menjejal memenuhi sesuatu; mengisi (sesuatu) hingga penuh: Beribu-ribu orang ~ Stadium Negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)