[je.ja.ri] | ججاري
Definisi : 1. bilah besi yg menghubungkan pusat roda dgn rim, terutamanya basikal: ~ basikal; 2. garis lurus dr pusat ke keliling bulatan; ~ atom a) jarak di antara nukleus atom dgn elektron valens atom tersebut; b) jarak yg merupakan setengah jarak di antara nukleus dua atom yg serupa; ~ ikan kepingan daging ikan tanpa tulang yg berbentuk empat segi bujur dan disaluti serbuk roti, biasanya dipanggang atau digoreng; ~ ion nilai jejari bagi ion dlm pepejal ionik berhablur (berdasarkan andaian bahawa ion berbentuk sfera dan bersaiz tertentu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[je.ja.ri] | ججاري
Definisi : jari-jari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[je.ja.ri] | ججاري
Definisi : 1 = jari-jari kisi-kisi pd pintu atau pd jendela. 2 = jari-jari besi atau kayu yg dipasang dr pusat roda hingga ke lingkarannya. 3 garis lurus dr pusat bulatan ke lilitannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)