Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; sejemput sebanyak yg dapat di­ambil dgn hujung jari, secekut: dia meng­ambil ~ tembakau; jemput-jemput 1. sj kuih (drpd adunan tepung, pisang, dan gula yg dijemput sedikit-sedikit dan digoreng); 2. sj kuih (drpd adunan tepung, bawang, garam, dll yg dijemput sedikit-sedikit dan digoreng); menjemput 1. mencekut dgn hujung jari: ~ garam; 2. mengambil: ia ~ air di pancuran; 3. ki memetik, mengutip: kisah ini dijemput drpd Sejarah Melayu; jemputan hasil drpd menjemput (men­cekut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menjemput 1 mengajak atau menyilakan datang; mengundang: Tuan rumah itu telah ~ kami makan tengah hari di rumahnya. 2 menyongsong ketibaan orang; menyambut: Ia ~ adiknya di lapangan terbang. jemputan hasil perbuatan menjemput; undangan; ajakan: ~ itu diterimanya dgn baik. orang (para) ~ orang yg diundang utk menghadiri sesuatu majlis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jemput
Kata Terbitan : sejemput, menjemput,

Puisi
 

Jika betul tuan menereka,
     Tereka saya kain stokin;
Sekira benar sukakan saya,
     Jemput saya orang miskin.


Lihat selanjutnya...(3)