Definisi : ; berjemput disambut, dialu-alu, disongsong: datang tak ~; menjemput 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yg pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: dia ~ ramai temannya ke majlis perkahwinannya; datanglah pula orang ~ Pak Lebai kerana hendak kenduri berkhatam pengajian; 3. Mn mengambil seseorang utk dijadikan menantu: jemputan 1. = orang ~ orang yg dijemput (utk menghadiri majlis perkahwinan dll): Ramlan sibuk sekali melayan para ~ itu; 2. ajakan, undangan; 3. permintaan (kpd orang laki-laki) utk dijadikan menantu; perjemputan perihal menjemput. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : ; jemput-jemput sj kuih yg dibuat drpd adunan tepung dgn pisang, gula dsb (atau tepung dgn bawang, garam dsb) yg digoreng. menjemput mengambil dgn hujung jari; mencekut. sejemput sebanyak yg dpt diambil dgn hujung jari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)