Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.lang] | جولڠ

Definisi : ; menjulang 1. mengangkat ke atas: kapal itu sedang dijulang dan dihempas gelombang; 2. mendukung (anak dll) di atas bahu: setibanya sahaja di rumah, dia terus mengangkat dan ~ anaknya; 3. mem­bum­bung tinggi, meninggi: api dr rumah yg terbakar itu ~ sehingga ke puncak atapnya; 4. ki menjunjung tinggi, menyanjung, amat menghormati: Churchill seorang pemimpin yg dijulang tinggi oleh rakyat Inggeris; julangan tolakan ke atas; penjulang orang atau sesuatu yg menjulang: ~ baginda pun sudah bersedia; kayu ~ yg diperbuat drpd kayu perian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.lang] | جولڠ

Definisi : ; menjulang 1 mengangkat ke atas; mengangkat (anak dll) di atas bahu: Orang-orang kampung telah ~ pemimpin mereka yg baru saja menang dlm pilihan raya itu. 2 membumbung tinggi; meninggi: Api dr rumah yg terbakar itu ~ ke angkasa. 3 ki menghormati; menyanjung tinggi: Dialah satu-satunya pemimpin Melayu yg dijulang oleh rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
julang
Kata Terbitan : menjulang,