Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kait] | کاءيت

Definisi : 1. besi (bulu dll) yg bercangkuk hujungnya; jarum ~ jarum utk mengait; 2. ki sangkut-­paut, tipu muslihat, sesuatu yg terselindung: sebelum menandatangani sesuatu, periksa dahulu kalau-kalau ada ~nya; ~-paut sang­kut-paut, hubungan atau kaitan: musibah atas diri seseorang tidak ada ~ dgn orang lain; berkait 1. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya: memetik buah rambutan dilakukan dgn galah yg ~; 2. tersangkut (pd): duri ~ pd bajunya; 3. = berkaitan; berkaitan, berkait-kaitan bersangkutan, berhubungan, berkenaan: hal-hal yg ~ dgn kewangan; perkara-perkara yg ~ dgn pelajaran; keberkaitan keadaan (hal) berkait: terdapat ~ sistem-sistem ilmu pengetahuan tersebut; mengait 1. memetik (menarik dll) sesuatu dgn kait, mencangkuk, menggancu: ~ buah rambutan; maka datang hulubalang Pahang ~ jong itu; 2. merajut dgn jarum kait: ia terpaksa menyulam dan ~ renda utk nafkah hidupnya; 3. melukai dgn sesuatu yg berkait: duri itu ~ kakinya; 4. ki mengambil keuntungan dll dgn cara tidak halal; mengaitkan 1. menjadikan berkait (bercangkuk, bersangkut), mencangkukkan, menghubung­kan: baginda ~ kelingking anakanda kedua-dua laki isteri; 2. = memperkaitkan men­jadikan bersangkutan (berhubungan, ber­talian), memperhubungkan: perkara itu lebih menyayat hati apabila diperkaitkan dgn rencana penulis tersebut; kita selalunya memperkaitkannya dgn kebolehan utk mendapatkan ilmu pengetahuan; terkait terlibat; kaitan 1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. hasil mengait (merajut): alat ini digunakan utk membaiki ~ tangan atau mesin; 3. yg diikat (dirajut): barang ~; gelung ~; 4. hu­bungan, pertalian: perkara itu mempunyai ~ yg rapat dgn rundingan damai; tali jangan putus, ~ jangan serkah prb menyelesaikan sesuatu perkara biarlah seadil-adilnya supaya dapat diterima kedua-dua pihak; keterkaitan keadaan terkait: aspek kemasyarakatannya diteliti dlm ~nya dgn unsur struktur karya sastera; perkaitan perihal berkait(an), perhubungan: soal-soal yg dibincangkan mempunyai ~ langsung dgn masalah perkauman; yg menarik hati saya ialah ~ makna perkataan hias dgn gaya; pengaitan perihal mengaitkan sesuatu, pelibatan: prinsip pembahagian kerja dan ~ tanggungjawab dan kekuasaan; pengait 1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. orang yg mengait: ~ kelapa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kait] | کاءيت

Definisi : ; ~ besi sj tumbuhan (pokok memanjat), Uncaria longiflora; kait-kait sj tumbuhan (pokok memanjat), gambir-gambir, Uncaria acida; ~ bukit sj tumbuhan (pokok memanjat), kekait merah, gambir-gambir hutan, Uncaria ferrea; ~ darat sj tumbuhan (pokok meman­jat), kait besi; ~ hitam besar = ~ jantan sj tumbuhan (pokok memanjat), akar selembah, belalai gajah, kuku lang, Uncaria sclerophylla; ~ (kekait) merah sj tumbuhan (pokok memanjat), gambir-gambir hutan, Uncaria cordata; akar ~ sj tumbuhan (pokok menja­lar), akar onak, damai-damai, jambu kelawar, kuku lang rimba, Zizyphus calophylla; daun ~ sj tumbuhan (pokok menjalar), akar kuku balam (lipan), duri sakah, kuku lang, Zizyphus oenoplia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kait] | کاءيت

Definisi : besi, buluh dsb yg bercangkuk hujungnya (digunakan utk mengambil buah-buahan dll): jarum ~ jarum yg bercangkuk hujungnya utk membuat renda dll. berkait 1 bercangkuk hujungnya: Buah rambutan itu dipetik dgn galah yg ~. 2 tersangkut: Duri itu ~ pd seluarnya. berkaitan ada sangkut pautnya; berhubungan; bersangkutan: Dr buku ini, kita dpt mempelajari perkara-perkara yg ~ dgn sejarah negeri kita sendiri. mengait 1 memetik (buah-buahan dll) dgn kait: Kakak ~ buah jambu, saya dan Halimah memungutnya. 2 membuat renda dll dgn jarum kait: Gurunya mengajar dia menjahit pakaian dan ~ renda. mengaitkan menjadikan ada hubungannya; menghubungkan sesuatu perkara dgn perkara lain. kaitan 1 sesuatu yg dikait atau disirat; hasil drpd mengait. 2 sesuatu yg bersangkutan; hubungan: Perkara itu ada ~nya dgn perkara yg kita bincangkan ini. perkaitan hal atau keadaan berkaitan; perhubungan; pertalian. pengait 1 benda yg hujungnya berkait; kait. 2 orang yg mengait sesuatu: ~ kelapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kait (kata nama)
Bersinonim dengan ranggit, gaet, galah bercangkuk, besi bercangkuk, kayu bercangkuk, rotan bercangkuk;,
Kata Terbitan : berkaitan,

Puisi
 

Kait-kait daun sepulih,
     Daun sembingai nanang-nanangan;
Baik-baik kamu yang mulih,
     Kamu yang tinggal kenang-kenangan.


Lihat selanjutnya...(22)