Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ta/] | کاتق

Definisi : sj binatang yg melompat, berkaki renang, berkulit licin, dan tidak berekor; jenis­jenisnya: ~ air, ~ betung, ~ hijau, ~ kuak, Kaloula pulchra; ~ lembu (bertanduk) sj katak, Megalophrys nasata; ~ pisang sj katak, Rana erythraea; ~ puru sj katak, kodok, Bufo bufo; ~ di bawah tempurung prb orang yg teramat picik pengetahuannya; ~ ditimpa kemarau prb berkeluh-kesah dgn tidak keruan; ~ hendak jadi lembu prb ingin melakukan sesuatu yg melebihi kesanggupan sendiri, hendak menyamai orang besar (orang kaya dsb); alim bagai ~ tepi air prb orang yg kaya ilmu tetapi tidak mendapat faedah drpd ilmu­nya; bagaimana hari tak hujan, ~ betung dlm telaga berteriak selalu prb orang yg selalu pergi ke rumah seseorang dgn tidak berketika dan dgn maksud yg tersembunyi; laksana ~, sedikit hujan banyak bermain prb orang yg suka membesar-besarkan perkara yg kecil; tak akan ada ~ beranak ular prb a) dikatakan mengenai yg mustahil terjadi kpd seseorang; b) orang yg pengecut (bodoh) tidak akan menjadi orang berani (pandai); terkilap-kilap bagai ~ disemburi prb tentang orang yg diam sahaja dlm suatu perbincangan; tiada akan licin ~ puru, jika sentiasa berhujan sekalipun prb orang yg hodoh jika memakai perhiasan sekalipun tidak akan menjadi elok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ta/] | کاتق

Definisi : Mn ark tidak panjang, pendek: baju ~; meriam ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ta/] | کاتق

Definisi : Mn ark lipat-lipatan kulit pd leher dll, gelambir; berkatak-katak berlipat-lipat (bkn kulit dll), bergelambir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ta/] | کاتق

Definisi : beberapa jenis binatang berdarah sejuk yg bergerak dgn melompat dan hidup di air dan di darat; kodok. ~ kuak Kaloula pulchra. ~ pisang Rana erythraea. ~ puru Bufo melanostictus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata katak

Puisi
 

Katak puru kerbau Perlis,
     Alah berlaga dengan gergasi;
Tempuh bahu nak bercakap tak boleh,
     Pandang mata terasa nak jadi.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Katak hendak jadi lembu.

Bermaksud :

Hendak meniru-niru kelakuan (perbuatan) orang besar.

 

Lihat selanjutnya...(17)